when you render something, anything.
320x240, 600x800, yadaa yadaa and so on...
1) resolution: 8400 x 6300
2) resolution: 2100 x 1575
higher resolution = more detail you will get. yummmmyy
hahahaha
when you render something, anything.
kak hanum: lain semua okeh, tapi yang fire-rated door ni, syukri poly line tebal sikit width dia.
saya: kenapa kak? akak tak nampak ke?
kak hanum: bukan apa, orang-orang kat bomba tu semua dah tua-tua. mata pun dah tua. syukri mata orang muda.
saya: abang man nampak tak warna pintu ni?
abang man: hmmmmm (tercari-cari)
saya: dah tua la abang ni
abang man: haa nampak-nampak *dengan pantas
baru siapkan projek kiosk yang lama sangat terbengkalai.
tak tahu kenapa, tapi kerja aku kebelakangan ni nampak pelik.
aku seorang yang perasan agaknya.
oh, tadi terjumpa banyak drawing-drawing lama yang tak siap.
nak habiskan kerja-kerja lama dulu,
pastu
baru buat kerja baru.
bila aku nak jadi hebat ni, =/
kebanyakkan masa cuti ni...
saya luangkan masa bersama kekasih saya,
bangun pagi jer mesti tengok muka dia,
nak tidur pun mesti teringat muka dia,
makan sama-sama, tapi tak melampau sangat lah sampai mandi sama-sama. haha
senang cakap,
sehari kalau tak pegang dia memang gelisah rasanya.
oh,
jangan risau,
kekasih saya tiada jantina,
sesiapa pun boleh sentuh dia.
-----
terima kasih kepada abang saya, belanja dominos yang baru buka di melaka.

Bagi pelajaran ini, apa yang perlu ialah:
> seterusnya, saya membuat layer baru (2) dan menukarkan mode-nya (3) dari "new" kepada "multiply".
> then, (omputih pulak) saya membuat layer baru (5) untuk menampakkan sedikit rupa watak.
> kebiasaannya, saya akan mengabungkan semua lukisan kepada satu lukisan (paling banyak 3-4 layer) kerana saya tak suka layer yang banyak (serabut).
> zoom in untuk membuat lebih detail, lihat (no. 9) untuk peratusan zoom.
hari ini saya bangun pukul empat pagi.
bangun jer terus melukis dekat komputer.
ha, bagi yang ke bercuti ke pulau,
hati-hati di lambung ombak, sekarang musim hujan.
hem, bagi yang panjat gunung pula,
hati-hati juga kerana takkan lari gunung dikejar. hahaha
oh lupa, dila ada tanya macam mana nak melukis & mewarna dalam photoshop.
nanti akan ada "mari melukis & mewarna" pada post akan datang. nantikan!

hari ini saya ke bank untuk buat akaun bank.
setibanya di kaunter pertanyaan.
pakcik: ye adik nak apa?
saya: (cis, ingat aku budak kecik ke? *dalam hati) nak buat akaun bank pak cik..
pakcik: hmmm, awak dah atas lapan belas tahun ke?
saya: (ewahh, bergurau pak cik ni. *dalam hati) saya dah dua puluh tahun ni. *dengan nada dewasa
pakcik: nah, gi tunggu kat sana (sambil bagi nombor giliran)
sedang menunggu giliran di ruangan menunggu, datang seorang lelaki duduk bersebelah saya. saya melihat tangannya bertatu.
lelaki: kau pun nak buat bank ke? *nada sabahan
saya: (oh, sabahan rupanya.. ingat gangster mana.. *dalam hati) yup, nombor enam belas.. tu nombor berapa?
lelaki: aku nombor 15..
saya: oh, lagi cepat laa.. (sambil mengintai tatu lelaki itu)
lelaki: nak tanya.. kalau nak ambil spm macam mana?
saya berfikir sambil mengosokkan dagu.
saya: hmmmm.. kena pergi sekolah lah kot..
TING! nombor lima belas, kaunter tiga,
TING! nombor enam belas, kaunter satu,
-----
dah masuk dalam kereta, baru saya terfikir.
betul ke saya jawab soalan lelaki tadi?
hmmmmm...
lagi satu,
saya masuk ke alam dua puluh-an tahun ni.
hoh!